Ada masanya, lebih baik serahkan kerja kepada pihak yang dipercayai.

Pihak yang anda yakin akan menyempurnakan kerja yang diberi.

Sama ada program atau projek anda:

✓ Melibatkan pihak berkepentingan dalaman atau klien/peserta luar
✓ Bersifat jangka pendek atau merupakan projek jangka panjang
✓ Hanya memerlukan persediaan asas atau memerlukan perkhidmatan menyeluruh dari awal hingga akhir
✓ Dilaksanakan sepenuhnya dalam talian atau memerlukan keterlibatan secara bersemuka

Manfaatkan khidmat sumber luar untuk memastikan kepuasan pihak berkepentingan anda. Gunakan khidmat perunding Pengurusan Projek Profesional (PMP) bertauliah untuk membantu memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar, lengkap dengan sistem penjejakan dan pelaporan yang jelas.

Sebab-sebab utama mengapa pemimpin bijak memilih untuk menggunakan perkhidmatan luar:

:

Kadangkala, kita perlu menyimpang daripada proses dalaman yang rumit disebabkan kekangan masa dan kos, terutamanya apabila melibatkan projek atau inisiatif yang hanya dijalankan sekali dalam organisasi.

Serahkan projek anda kepada kami dan biarkan kami mengurus hal-hal terperinci, agar anda dapat memberi tumpuan kepada matlamat utama.

Sering kali, kekurangan dari segi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman menjadi cabaran, terutamanya dalam merancang dan membangunkan projek, program, atau inisiatif baharu.

Elakkan kesilapan yang merugikan masa dan sumber. Bekerjasamalah dengan kami untuk menetapkan asas kukuh (groundwork) dan memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar dan berimpak tinggi.

Kekurangan tenaga manusia boleh memberi kesan negatif, terutamanya apabila kakitangan sedia ada tidak berupaya memberi keutamaan kepada inisiatif strategik organisasi.

Anda tidak perlu mengupah kakitangan baharu. Dengan menggunakan khidmat luar, tugasan khas dapat dilaksanakan dengan cekap, sementara kakitangan anda kekal fokus pada peranan utama mereka — demi kemajuan dan keberkesanan organisasi anda.

Mencari dan menyatukan pelbagai vendor untuk bekerjasama sebagai satu pasukan yang padu boleh menjadi tugas yang meletihkan. Ia juga mengambil masa berharga yang sepatutnya digunakan untuk urusan strategik yang lebih penting.

Dengan menggunakan khidmat sumber luar, anda hanya perlu memastikan komunikasi dan maklumat yang diperlukan disampaikan dengan jelas — selebihnya, biar kami yang uruskan.

Latihan Kakitangan Baru

Mereka bentuk pengalaman onboarding yang teratur untuk melengkapkan pekerja baharu dengan pengetahuan dan budaya kerja.

Menyediakan sistem untuk menjejak, membimbing, dan menilai prestasi penerima biasiswa.

Pelaksanaan Projek Komuniti

Membimbing pemimpin tempatan untuk merancang, melaksana, dan memantau inisiatif komuniti.

Membangunkan sistem praktikal untuk mengurus geran dengan aliran kerja dan laporan yang jelas.

Prestasi Pelaksanaan Pekerjaan

Menyediakan alat untuk menjejak prestasi dan membantu pasukan mengenal pasti halangan serta meningkatkan hasil.

Mereka bentuk sesi inkubasi untuk memperhalusi model perniagaan dan kesesuaian pasaran.

Persidangan / Forum

Bekerjasama menganjurkan forum berimpak tinggi bagi mencetuskan dialog dan membentuk dasar.

Menyampaikan sesi interaktif mengikut keperluan klien dan melengkapkan pasukan untuk pelaksanaan sendiri.

…dan lain-lain!

Pengurusan Program VS Perundingan

Pengurusan Program

Pengawasan yang diselaraskan untuk memastikan kejayaan projek.

Serahkan projek anda kepada kami, dan kami akan melaksanakannya bagi pihak anda. Anda boleh kekal tenang, kerana projek anda berada dalam tangan yang dipercayai.

Kami mengurus penjejakan dan keseluruhan proses pelaksanaan projek secara menyeluruh dan sistematik.

Apabila diperlukan, kami menjalankan ujian, pemantauan dan pelaporan untuk memastikan anda memperoleh hasil seperti yang diharapkan.

Perundingan

Panduan pakar untuk menangani cabaran organisasi yang kompleks.

Kami membantu anda merangka perancangan masa depan (foresight) dan hala tuju strategik bagi mencapai matlamat organisasi.

Kami memastikan idea anda bebas daripada kelemahan dengan membimbing anda menilai kesan keputusan dari sudut strategi, operasi, perundangan dan ekonomi.

Kami turut membantu menjalankan kajian yang relevan agar perancangan dan keputusan anda disokong oleh data, ramalan, trend semasa dan amalan terbaik yang terbukti berkesan.

Anda lebih memerlukan perkhidmatan perundingan?

Pemimpin

yang berminat untuk memperbaiki perkara-perkara yang wajar bagi pihak kumpulan / perniagaan / organisasi mereka

Individu

yang bersedia menerima dan mengharungi perubahan yang dibawa oleh arus dunia VUCA*

Semua

yang bersemangat waja, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, bijak memotivasikan diri, dan sentiasa bersedia

Sedia Untuk Memulakan Transformasi?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memperolehi pengalaman yang terbaik semasa bekerja dengan kami!

LANGKAH 1 – Kenal pasti tugas yang anda mahu serahkan kepada sumber luar.

Adakah tugas itu:

– Program/projek yang diadakan sekali sahaja dari mula hingga akhir?
– Program/projek jangka masa panjang yang hanya memerlukan persediaan permulaan?
– Program yang sepenuhnya dalam talian, atau projek yang memerlukan keberadaan fizikal pihak-pihak yang terlibat?
– Lain-lain?

LANGKAH 2 – Kenal pasti hasil kerja (deliverables) yang anda inginkan.

Jelaskan tentang:

– Tempoh masa dari mula hingga akhir.
– Hasil kerja (deliverables) yang diinginkan – sama ada program itu diadakan sekali sahaja, atau beberapa kali.
– Jenis hasil yang anda impikan. Lampirkan sampel jika ada.

LANGKAH 3 – Kenal pasti halangan anda.

Adakah anda mempunyai:

– Jadual yang padat untuk melaksanakan program/projek?
– Sebarang kekangan kewangan?
– Kekangan perundangan atau dasar?

LANGKAH 4 – Isi borang pertanyaan kami di bawah.

Nantikan e-mel daripada kami untuk menjadualkan mesyuarat kita yang pertama untuk memulakan kerjasama!

Pentauliahan dan Pensijilan Kami

Project Management Professional (PMP)*
Project Management Institute

Credential ID: 2694925

GRI Sustainability Reporting Standards
Global Reporting Initiative

Human Resource Development Corporation
Registered HRD Training Provider

Certified HRD Train-The-Trainer (TTT)

*Lead trainer received the certification in 2018/19

Registered with Ministry of Finance

Kod Bidang: 221110

Perkhidmatan / Guna Tenaga / Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator / Negotiator