PERUNDINGAN
Persaingan semakin sengit dalam dunia VUCA* ini.
*VUCA bermaksud Ketidaktentuan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity), dan Ketaksaan (Ambiguity) yang mencerminkan cabaran-cabaran para pemimpin hari ini.
Kebolehan menyesuaikan diri dengan dunia yang tidak tentu, tidak pasti, rumit, dan taksa ialah kunci untuk kekal menjadi kelompok teratas dalam apa-apa industri. Perkara ini bukan sahaja memerlukan perancangan masa depan (foresight) yang mencukupi, tetapi juga analisis landskap yang lengkap tentang trend terkini dan akan datang. Pemimpin hari ini harus cakna amalan luar dan melakukan penandaarasan untuk berdepan dengan sekutu dan pesaing.
Berkat pemahaman tentang cabaran-cabaran ini, kami berhasrat membantu anda membuat keputusan strategik yang terbaik untuk projek/program/kajian yang anda jalankan.
Peranan khidmat perundingan kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada bimbingan-bimbingan ini:
Membangunkan hala tuju (jangka masa panjang atau pendek) / dasar / strategi yang mantap untuk memenuhi matlamat semasa anda melalui ramalan trend-trend dalam industri anda.

Melakukan analisis landskap strategik dengan mempertimbangkan kekuatan, kelemahan, halangan yang mungkin timbul serta sumber yang belum diusahakan agar anda boleh membuat keputusan strategik yang lebih baik.

Meningkatkan kesedaran tentang kesan-kesan pelan atau keputusan anda dari segi strategi, operasi, perundangan, dan ekonomi, di samping memastikan idea anda tiada kelemahan.

Memberikan perkhidmatan analisis perundangan. Ini termasuklah tinjauan undang-undang dan dasar terkini bagi badan berkanun dan pembangunan sektor, serta memastikan strategi anda sejajar dengan rangka kerja kawal selia.

Mengerjakan kajian berkenaan amalan luar yang terbaik buat masa ini, penandaarasan, dan analisis pulangan pelaburan (ROI) bagi usaha dan inisiatif baru.
Bidang-Bidang Kepakaran Kami
01
Strategi
- Pembangunan Strategi
- Pembangunan Perniagaan
- Sprint Penjenamaan (Brand Sprint)
- Analisis Pulangan Pelaburan (ROI)
- Pengurusan Perubahan
02
Operasi
- Proses/Perkhidmatan Dalam/Luar
- Pembangunan dan Latihan Tatacara Operasi Standard (SOP)
- Analisis Prestasi Rantaian Nilai
03
Modal Insan
- Penilaian Keperluan Latihan
- Perancangan Penggantian
- Perancangan Trend Sumber Manusia
- Pementoran
04
e-Pembelajaran
- Perkhidmatan Membina Modul Yang Tersuai
- Menghasilkan Komponen Pembelajaran Dalam Talian Untuk Menyokong Latihan Secara Bersemuka
- Pakej Kampus Dalam Talian
05
Perundangan
- Analisis Landskap Undang-Undang
- Penyemakan / Ulasan Akta-Akta dan Perundangan Subsidiari
- Analisis Pengawal Seliaan Industri
- Pelesenan dan Pembangunan Rangka Kerja Pengawal Seliaan
- Perkhidmatan Penasihat Berkenaan Pengawal Seliaan dan Perundangan
06
Penyelesaian Digital
- Peralihan Perniagaan Dari Luar Talian Ke Dalam Talian
- Proses-Proses Automatik Bagi Perkhidmatan Manual
- Strategi Penjenamaan Dalam Talian
Pengurusan Program VS Perundingan
Perundingan
Panduan pakar untuk menyelesaikan cabaran organisasi yang kompleks.
✓
Kami membantu membangunkan perancangan masa depan (foresight) dan hala tuju yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.
✓
Kami membantu memastikan idea-idea anda tiada sebarang kecacatan dengan membimbing anda dalam mengambil kira kesan-kesan keputusan anda dari segi strategi, operasi, perundangan, dan ekonomi!
✓
Kami membantu menjalankan kajian agar perancangan dan keputusan yang anda buat adalah yang terbaik dengan mengambil kira ramalan, trend, dan amalan yang terbukti.
Pengurusan Program
Pengawasan yang diselaraskan untuk memastikan kejayaan projek.
✓
Anda menyerahkan projek itu kepada kami dan kami menyempurnakan projek itu atas nama anda! Kekal tenang kerana anda mengetahui bahawa projek anda berada dalam tangan seseorang yang boleh dipercayai.
✓
Kami melakukan penjejakan dan pengendalian proses-proses secara menyeluruh sepanjang pelaksanaan projek.
✓
Apabila perlu, kami menjalankan ujian dan pelaporan agar anda mendapat hasil yang anda impikan.
Berminat untuk menggunakan khidmat pengurusan program kami?
Kami Berbesar Hati Untuk Bekerjasama Dengan
Sedia Untuk Memulakan Transformasi?
Ikuti langkah-langkah berikut untuk pengalaman yang terbaik ketika berkerja dengan kami!
LANGKAH 1: Kenal pasti perkara yang anda ingin perbaiki
Adakah perkara itu berkaitan:
– Ramalan atau perancangan, atau mungkin pembangunan hala tuju untuk jangka masa panjang?
– Proses yang anda ingin permudahkan?
– Kajian yang anda ingin jalankan?
– Akta perundangan yang perlu disemak, atau keadaan perundangan yang tidak menentu yang perlu diharungi?
LANGKAH 2: Kenal pasti cabaran anda
Adakah cabaran itu berkaitan dengan:
– Proses-proses sedia ada anda?
– Hala tuju organisasi anda?
– Alir tunai (cashflow) anda?
– Tawaran anda?
– Kumpulan-kumpulan dalam organisasi anda?
Pilih bahagian yang anda ingin perbaiki dan sematkan bahagian itu dalam minda.
LANGKAH 3: Kenal pasti matlamat anda
Beberapa cara yang dapat membantu:
– Adakah anda memiliki sebuah organisasi lain yang boleh dijadikan sebagai tanda aras?
– Bolehkah anda menggambarkan kejayaan pada pandangan anda?
– Apakah hasil, sama ada dari segi ekonomi, sosial, masa, atau sebagainya, yang anda bayangkan untuk anda dan organisasi anda?
Pilih bahagian yang anda ingin perbaiki dan sematkan bahagian itu dalam minda.
LANGKAH 4: Isi borang tempahan perundingan di bawah
Nantikan e-mel daripada kami untuk menempah sesi perundingan anda yang pertama secara PERCUMA!
Pentauliahan dan Pensijilan Kami

Project Management Professional (PMP)*
Project Management Institute
Credential ID: 2694925

GRI Sustainability Reporting Standards
Global Reporting Initiative

Human Resource Development Corporation
Registered HRD Training Provider
Certified HRD Train-The-Trainer (TTT)
*Lead trainer received the certification in 2018/19

Registered with Ministry of Finance
Kod Bidang: 221110
Perkhidmatan / Guna Tenaga / Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator / Negotiator