LATIHAN
Ketua Pegawai Kewangan: Apakah yang akan terjadi jika kita melatih mereka dan mereka meninggalkan kita?
Ketua Pegawai Eksekutif: Bagaimana jika kita tidak melatih mereka dan mereka kekal bersama kita?
Latihan memberikan pelbagai manfaat yang tidak akan terlintas dalam fikiran seorang pemimpin biasa.
Pada asasnya, latihan ialah pelaburan untuk individu-individu yang menjadi duta dan jiwa organisasi anda. Kebiasaannya, masa yang dilabur untuk melatih kakitangan bukan sahaja meningkatkan kesetiaan mereka, tetapi juga memudahkan kehidupan anda dalam jangka masa panjang kerana proses-proses pekerjaan telah diseragamkan.
Melatih ialah peluang anda untuk menerapkan kesetiaan, kepuasan, dan semangat kepada pasukan anda, selain meningkatkan prestasi secara keseluruhan.
Program Latihan Kami Merangkumi
LATIHAN PENGURUSAN
- Pengurusan Peralihan
- Pembangunan Kepimpinan
- Pemikiran Strategik
- Pengurusan Konflik
LATIHAN KEMAHIRAN INSANI
- Komunikasi Berkesan
- Pembinaan Pasukan
- Pemikiran Reka Bentuk
- Sprint Penjenamaan (Brand Sprint)
LATIHAN KEMAHIRAN TEKNIKAL
- Microsoft Excel
- Microsoft PowerPoint
- Google Docs Editor Suite
- Aplikasi / Perkhidmatan Dalam Talian Yang Lain
Contoh Pakej Latihan Yang Kami Boleh Sediakan Untuk Anda!
Employee Onboarding Programme
The Leader-Manager Transition Programme
Senior Leaders Programme
Executive Accelerator
Data Analytics Package
Effective Strategic Engagements
English Accelerator
Developing Impactful Strategic Documents
Project Design Programme
Kecewa dengan ketiadaan hasil jangka masa panjang?
Bagaimanakah anda boleh tahu sama ada pelaburan anda untuk latihan-latihan ini berbaloi?
Selalunya, latihan kurang berkesan kerana dianggap sebagai penyelesaian sekali guna sahaja. Namun, penyelesaian yang paling berkesan adalah dengan keterlibatan jangka masa panjang agar teori dapat dipraktikkan. Hal ini memberikan ruang untuk mengumpul maklum balas atas perubahan yang telah dilaksanakan.
Anda juga boleh memantapkan ilmu sedia ada melalui perkara sebenar yang dialami dalam konteks harian dalam organisasi anda..


IM Possible Solutions mensasarkan penjanaan perubahan yang kekal.
Untuk semua program latihan kami, anda diberi pilihan untuk mendapatkan latihan intensif sekali sahaja atau keterlibatan jangka masa panjang. Untuk keterlibatan jangka masa panjang, selepas latihan permulaan, kami menawarkan bimbingan pascalatihan untuk memperhatikan perubahan-perubahan tertentu yang berlaku. Kami akan membimbing mereka yang menghadiri program dalam mempraktikkan perkara yang dipelajari.
Anggap bimbingan pascalatihan sebagai kaedah untuk mengukur perubahan.
Secara ideal, bimbingan pascalatihan sebaiknya dilaksanakan oleh syarikat sendiri secara dalaman. Namun, mari kita berpijak di bumi nyata. Kerana inisiatif-inisiatif strategi organisasi diutamakan oleh semua pihak, mencari masa untuk membimbing kakitangan dan menguruskan perubahan adalah agak mencabar. Oleh itu, kami menawarkan khidmat ini dengan program latihan kami – supaya anda kekal tenang dan mendapat manfaat yang maksimum daripada pelaburan anda.

Sudah Bersedia Untuk Mula?
Kami menawarkan program latihan tersuai untuk semua peringkat – bukan eksekutif dan eksekutif, pengurus, pegawai pengurusan atasan, dan ketua pegawai eksekutif.
LANGKAH 1 – Sediakan butiran-butiran yang penting.
– Apakah jenis program yang anda inginkan (objektif, gambaran kasar isi kandungan, dll.).
– Siapakah yang akan hadir, dan bilangan peserta yang dijangka hadir.
– Secara bersemuka atau dalam talian?
– Tempoh masa yang dijangkakan.
– Butiran logistik yang lain (jika ada).
LANGKAH 2 – Isi borang pertanyaan di bawah.
Kemudian, nantikan e-mel daripada kami!
LANGKAH 3 – Tetapkan sesi analisis keperluan latihan.
Kami menyusun program berdasarkan butiran yang anda beri, termasuklah butiran modul yang akan diimplementasikan, butiran para fasilitator, dan lain-lain
LANGKAH 4 – Kami melaksanakan program anda!
Bersantai-santailah, dan saksikan para peserta menikmati dan mendapat manfaat daripada latihan yang kami tawarkan!
Pentauliahan dan Pensijilan Kami

Project Management Professional (PMP)*
Project Management Institute
Credential ID: 2694925

GRI Sustainability Reporting Standards
Global Reporting Initiative

Human Resource Development Corporation
Registered HRD Training Provider
Certified HRD Train-The-Trainer (TTT)
*Lead trainer received the certification in 2018/19

Registered with Ministry of Finance
Kod Bidang: 221110
Perkhidmatan / Guna Tenaga / Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator / Negotiator