PAKEJ LATIHAN
Latihan khas untuk keperluan pasukan anda
Berikut merupakan idea-idea pakej latihan yang anda mungkin berminat untuk organisasi anda.
Untuk semua program, anda boleh memilih sama ada latihan intensif sekali sahaja, atau keterlibatan jangka masa panjang. Untuk pilihan kedua, kami membimbing anda sepanjang proses-proses pengurusan perubahan agar mengaut manfaat yang maksimum daripada program latihan.
Program Onboarding Pekerja
Pastikan sistem latihan kakitangan baru adalah lengkap dan holistik agar mereka memahami syarikat secara menyeluruh dan mampu kejayaan dari peringkat awal kerjaya mereka bersama anda.
Modul Yang Ditawarkan*
- Visi dan Misi Syarikat
- Taklimat Pentadbiran Syarikat
- Penghayatan Budaya Kerja
- Peranan dan Misi Anda
- Analisis Landskap Pesaing
Program Peralihan Pemimpin–Pengurus
Persiapkan mereka yang mengurus pasukan tiga (3) ke 10 orang dengan nilai-nilai asas untuk mengubah mereka menjadi pemimpin yang efektif dalam menangani konflik, mengerakkan kerja secara berpasukan, dan berkomunikasi dengan berkesan.
Modul Yang Ditawarkan*
- Asas Kepimpinan
- Pengurusan Pasukan
- Pengurusan Pemegang Taruh
- Kemahiran Komunikasi Berkesan
- Pemikiran Strategik
- Penyelesaian Pertikaian
- Pengurusan Konflik
- Pengurusan Mesyuarat Berkesan
Program Kepimpinan
Perolehi keyakinan yang baru sebagai pemimpin atasan apabila anda berjaya mencungkil potensi diri bersesuaian dengan misi syarikat pada skala yang lebih besar melalui kepimpinan yang berkesan.
Modul Yang Ditawarkan*
- Penyelarasan Diri dengan Misi Syarikat
- Asas Kepimpinan
- Pemetaan Pemegang Taruh
- Perancangan dan Pelaksanaan Strategik
- Kemahiran Rundingan
- Pengurusan Konflik Organisasi
- Pengurusan Mesyuarat Berkesan
Program Pecutan Eksekutif
Percepatkan perkembangan kemahiran-kemahiran utama yang diperlukan pada peringkat eksekutif. Tanamkan sikap berdikari dan berfikir secara kreatif untuk prestasi yang efektif dalam tugas-tugas harian.
Modul Yang Ditawarkan*
- Pembentangan PowerPoint Berkesan
- Storylining untuk Eksekutif
- Analitik Data
- Kemahiran Asas Excel
- Kemahiran Komunikasi Berkesan
- Seni Memudah Cara (Facilitation)
- Asas Perhubungan dengan Klien
Program Pecutan Bahasa Inggeris
Percepatkan keterampilan komunikasi organisasi dalam bahasa Inggeris pada semua peringkat pekerjaan. Hantar mesej dengan lebih efektif dan kurangkan kesalahfahaman dalam komunikasi harian.
Modul Yang Ditawarkan*
- Seni Penceritaan (Storytelling)
- Seni Pengucapan Awam
- Pengenalan kepada Penyuntingan
- Kemahiran Asas Bahasa Inggeris
Pakej Analitik Data
Perkasakan kemahiran asas anda dalam analisis data! Mantapkan kemahiran anda untuk memahami data, mentafsir implikasi dan membentangkan dapatan data. Biasakan diri anda dengan merancang cara berkerja yang dibimbing oleh data dan keobjektifan.
Modul Yang Ditawarkan*
- Komunikasi Data untuk Eksekutif
- Komunikasi Dapatan Utama
- Penerokaan dan Pemprosesan Data
- Kemahiran Asas Excel
Penglibatan Strategik Berkesan
Sama ada anda bekerja dengan klien sedia ada atau berhubung dengan pihak berkepentingan yang baru, program istimewa ini direka untuk sektor-sektor awam dan swasta di Malaysia, bertujuan membentuk hubungan yang kekal dan kebolehan merunding dengan efektif.
Modul Yang Ditawarkan*
- Perancangan Penglibatan Strategik
- Pemetaan dan Pengurusan Pemegang Taruh
- Isu dan Penyelesaian Masalah
- Penceritaan Strategik
- Seni Memudah Cara (Facilitation)
Pembangunan Dokumen Strategik Berimpak
Reka mesej strategik anda dan persembahkannya! Belajar menghasilkan laporan dan pembentangan idea perniagaan (pitch) yang mengetengahkan mesej-mesej utama, dipadankan dengan pentafsiran data dan jalan cerita yang berkesan.
Modul Yang Ditawarkan*
- Tafsiran Data Strategik
- Penyelarasan Pemegang Taruh
- Penyusunan dan Reka Letak Dokumen
- Penulisan Berkesan dan Reka Bentuk Infografik
- Perbincangan Kumpulan Fokus dan Memudah Cara
- Reka Bentuk Pemikiran (Design Thinking)
Program Mereka Bentuk Projek
Dari permulaan projek hingga laporan akhir, persiapkan diri anda dengan kemahiran asas yang penting untuk bukan sahaja merancang dan membentang, malah untuk melaksanakan, mengimplimentasi, dan melapor dengan kesan yang mendalam.
Modul Yang Ditawarkan*
- Asas Pengurusan Projek
- Pemetaan dan Pengurusan Pemegang Taruh
- Penjejakan Berkesan untuk Pengurus
- Penyampaian Mesej Utama
- Pelaporan untuk Tujuan Khusus
- Reka Bentuk Pemikiran (Design Thinking)
Kelestarian & ESG
Kembangkan pemahaman anda tentang kelestarian dan rangka kerja Environmental, Social and Governance (ESG) untuk organisasi anda. Ketahui jika anda terjejas dan jika anda perlu mengambil tindakan.
Modul Yang Ditawarkan*
- Rangka Kerja ESG & perkembangan peraturan kawal selia
- Pengurusan & fungsi-fungsi mereka dalam Kelestarian
- Pembentukan Hala Tuju Kelestarian
- Pembentukan inisiatif-insiatif Kelestarian & ESG
- Matlamat Pembangunan Mampan (UN SDGs)
Transformasi Digital Profesional
Dapatkan pengetahuan mendalam dan kemahiran strategik untuk memimpin dan mengurus transformasi digital dalam organisasi anda. Pensijilan antarabangsa juga boleh disedia.
Modul Yang Ditawarkan*
- Pengenalan kepada Transformasi Digital
- Industri 4.0 dan Impak kepada Dunia Perniagaan
- Rangka Kerja Transformasi Digital
- Strategi-strategi Data
- Pengurusan Perubahan
…dan lain-lain!
*Modul-modul yang digunakan akan disuaikan dengan keperluan organisasi dan kakitangan klien.
Sedia Untuk Memulakan Transformasi?
Kami menawarkan program latihan tersuai untuk semua peringkat – daripada bukan eksekutif dan eksekutif, hinggalah ke pengurus, pegawai pengurusan atasan, dan ketua pegawai eksekutif.
LANGKAH 1 – Sediakan butiran-butiran yang penting.
– Apakah jenis program yang anda inginkan (objektif, gambaran kasar isi kandungan, dll.).
– Siapakah yang akan hadir, dan bilangan peserta yang dijangka hadir.
– Secara bersemuka atau dalam talian?
– Tempoh masa yang dijangkakan.
– Butiran logistik yang lain (jika ada).
LANGKAH 2 – Isi borang pertanyaan.
Kemudian, nantikan e-mel daripada kami!
LANGKAH 3 – Tetapkan sesi analisis keperluan latihan.
Kami menyusun program berdasarkan butiran yang anda beri, termasuklah butiran modul yang akan diimplementasikan, butiran para fasilitator, dan lain-lain.
LANGKAH 4 – Kami melaksanakan program anda!
Bersantai-santailah, dan saksikan para peserta menikmati dan mendapat manfaat daripada latihan yang kami tawarkan!
