tentang kami
Syarikat dan Pemimpin Kami
Visi Kami
Mempersiapkan klien-klien kami dengan kemahiran supaya bertahan dan terus maju dalam dunia VUCA*.
*VUCA bermaksud Ketidaktentuan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity), dan Ketaksaan (Ambiguity) yang mencerminkan cabaran-cabaran para pemimpin hari ini.
Misi Kami
Membantu klien mencungkil potensi organisasi mereka menerusi tiga rukun: kemampanan, kebolehlaksanaan (secara praktikal and operasional), dan peralihan digital.

Matlamat Kami
Di IM Possible Solutions, kami berazam untuk menjadi syarikat perunding pembangunan antarabangsa yang terkemuka, dengan fokus kepada kerjasama bersama agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi antarabangsa. Kami mahu dikenali atas keupayaan kami untuk membawa penyelesaian yang benar-benar memberi impak dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks. Kami percaya bahawa kepakaran dalam dasar awam, kelestarian, pembangunan modal insan, dan inovasi digital boleh digabungkan untuk mencipta strategi yang bukan sahaja berkesan, tetapi juga membawa perubahan yang bermakna. Matlamat kami adalah untuk menjadi rakan strategik yang dipercayai di peringkat antarabangsa, sambil menetapkan standard baharu dalam kecemerlangan dan inovasi perundingan pembangunan — seiring dengan perubahan besar yang sedang berlaku di seluruh dunia.
Asal Usul Kami

Pada tahun 1991, dua insan yang amat meminati pendidikan dan pembangunan modal insan telah mengasaskan Seri Dinar Group — sebuah kumpulan perundingan utama di Malaysia yang menumpukan kepada penyelesaian holistik bagi latihan modal insan dan perkhidmatan pengurusan. Berpengalaman luas dan pernah bekerja dengan pelbagai organisasi dalam dan luar negara, awam mahupun swasta, Seri Dinar Group mempunyai kepakaran dalam mereka modul latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan klien mereka. Seri Dinar Group pernah mengendali Seri Dinar Training Retreat, sebuah pusat latihan moden di Pahang.
Pada tahun 2020, Seri Dinar Group telah dijenamakan semula sebagai IM Possible Solutions, dengan niat untuk menolong organisasi memecahkan tembok halimunan landskap perniagaan yang tidak tentu, tidak pasti, rumit, dan taksa untuk mencapai matlamat mereka.
Dengan berasaskan kepakaran perundingan dan pengalaman kami dalam mereka latihan pembelajaran berasaskan pengalaman, kami sangat berminat untuk membantu organisasi beralih dan beradaptasi dengan cabaran-cabaran dunia hari ini.


Pengerusi
DATUK HJ. ABDUL RAHIM MUSA
Berpengalaman lebih dari 40 tahun dalam bidang perundingan sebagai ahli profesional terlatih dalam Pengurusan Strategi dan Ehwal Awam, Datuk Hj. Abdul Rahim terkenal dengan pengalaman dan kepakaran beliau dalam Strategi, Pengurusan, Kepimpinan, Ehwal Awam, dan Audit. Sepanjang kerjaya beliau, beliau pernah memegang jawatan kepimpinan dalam beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa. Beliau juga mempunyai portfolio dalam syarikat tersenarai di luar negara dan tempatan, termasuklah syarikat perundingan Big 4 sebelum membuka syarikat perundingan pengurusan beliau sendiri.
Datuk Hj. Abdul Rahim melalui pengalaman beliau telah berjaya membangunkan pelbagai program untuk para Ketua Pegawai Eksekutif (CEOs) yang tertumpu kepada pemikiran strategik dan kreatif, pengurusan perubahan, penjenamaan, imej korporat, pemasaran dan penjualan, dan pengurusan staf.
Beliau juga membantu syarikat-syarikat dengan mengetengahkan penilaian modal insan dan proses petunjuk prestasi utama (KPI) untuk menjayakan perubahan organisasi dan perancangan penggantian.
Seorang penceramah yang dinamik dan bersemangat, beliau menyampaikan modul latihan dengan gaya yang unik dan mendapat tempat di hati pendengar, tanpa mengira kedudukan, bangsa, atau agama mereka. Beliau pernah bekerja dengan rakan kongsi dan klien di Malaysia, Australia, China, dan India.


Timbalan Pengerusi dan Ketua Ahli Psikologi Dalam Syarikat
DATIN HJH NORILLAH IBRAHIM KHAN
Selaku Pengarah Eksekutif dan Ketua Ahli Psikologi Dalam Syarikat IM Possible Solutions, Datin Hjh. Norillah berbekalkan pengalaman 40 tahun dalam portfolio berkaitan Sumber Manusia, Latihan, dan Pengurusan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan.
Sebelum terlibat dengan IM Possible Solutions, beliau berkhidmat di syarikat elektronik multinasional Amerika selama 10 tahun sebagai Pengurus Pembangunan dan Latihan serta Pengurus Pampasan dan Faedah. Kemudian, beliau berbakti sebagai Pengarah Eksekutif sebuah usaha sama dengan syarikat insurans dari Australia yang menumpu kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Sambil itu, beliau memberi khidmat perundingan Sumber Manusia kepada sebuah syarikat telekomunikasi tempatan.
Setelah itu, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dari tahun 1995 hingga 1999. Selaku Setiausaha Politik, beliau membangunkan modul-modul dan melatih 20,000 kader wanita di Malaysia.
Kepakaran beliau termasuklah menjalankan analisis keperluan latihan dan pulangan pelaburan (ROI) terhadap program latihan untuk membina modul dan penilaian tersuai untuk klien kami. Datin Hjh. Norillah memegang ijazah Sarjana Sains dalam Psikologi Perindustrian daripada Hull University, United Kingdom. Beliau seorang pakar pemprofilan psikologi individu dan kumpulan untuk program kami.
Managing Director & Ketua Pegawai Latihan
AMIR ISYAM ABDUL RAHIM
Amir Isyam, Managing Director dan Ketua Pegawai Latihan di IM Possible Solutions, mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang konsultasi pengurusan, pembangunan antarabangsa, dan perkhidmatan guaman korporat. Kepakarannya merangkumi pengurusan prestasi, pembangunan kapasiti, transformasi perniagaan, pengurusan perubahan, pembangunan strategi, serta pengurusan pemegang taruh. Beliau pernah berkhidmat dengan pelbagai klien dalam sektor awam dan swasta di Malaysia, selain tugasan antarabangsa di India, Tanzania, Russia, Nigeria, Sri Lanka, Pakistan, Djibouti, dan Zambia.
Sepanjang kerjayanya, Amir telah membantu pelbagai organisasi dalam perancangan strategik, strategi kemasukan pasaran, pengurusan bakat, dan pembangunan usaha sama. Pengalamannya meliputi pembangunan pelan sektor nasional, di samping pelaksanaan di lapangan seperti penempatan semula petugas kesihatan, penstrukturan institusi, dan pembangunan modal insan. Beliau juga telah mengetuai program transformasi digital dan inisiatif pendigitalan utama bersama Kerajaan Malaysia, Kerajaan Tanzania, serta Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara.
Di luar bidang perundingan, Amir turut mengajar kursus Transformasi Digital di Asia School of Business, sebuah institusi berafiliasi dengan MIT, dan menulis ruangan Profit & Policy di akhbar The Star, membincangkan kesan dasar terhadap perniagaan dan ekonomi. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, serta sijil profesional termasuk Project Management Professional (PMP), HRDF Trainer, Behavioral Insights Specialist, dan Executive Digital Leadership (Asia School of Business).

Pentauliahan dan Pensijilan Kami

Project Management Professional (PMP)*
Project Management Institute
Credential ID: 2694925

GRI Sustainability Reporting Standards
Global Reporting Initiative

Human Resource Development Corporation
Registered HRD Training Provider
Certified HRD Train-The-Trainer (TTT)
*Lead trainer received the certification in 2018/19

Registered with Ministry of Finance
Kod Bidang: 221110
Perkhidmatan / Guna Tenaga / Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator / Negotiator



