IMPS Terlibat dalam Pembangunan Dasar Kasih Keluarga Negara
✨ Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara ✨


Pada 14 Februari 2026, Tuan Amir Isyam Abdul Rahim, Pengarah Urusan IM Possible Solutions (IMPS), telah dijemput untuk menghadiri Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara yang berlangsung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Perak, anjuran kementerian pembangunan wanita keluarga dan masyarakat


IMPS dijemput ke majlis ini atas kapasiti sebagai pasukan perunding pakar United Nations Population Fund (UNFPA) yang terlibat dalam merangka dan membangunkan dasar ini. Dasar Kasih Keluarga Negara merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh institusi kekeluargaan serta memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh dan responsif terhadap cabaran sosial semasa.

Kami menghargai kepercayaan yang diberikan dan komited untuk terus menyokong pembangunan dasar yang praktikal, inklusif dan berimpak tinggi untuk rakyat Malaysia.
