Persaingan semakin sengit dalam dunia VUCA* hari ini.

*VUCA merujuk kepada Volatility (Ketidaktentuan), Uncertainty (Ketidakpastian), Complexity (Kerumitan), dan Ambiguity (Ketaksaan) — gambaran cabaran sebenar yang dihadapi para pemimpin masa kini.

Kebolehan menyesuaikan diri dalam dunia yang tidak menentu, tidak pasti, rumit dan samar (VUCA) merupakan kunci untuk terus berada dalam kelompok teratas dalam mana-mana industri. Keupayaan ini bukan sahaja memerlukan perancangan masa depan (foresight) yang mantap, tetapi juga analisis landskap yang menyeluruh terhadap trend semasa dan akan datang. Pemimpin masa kini perlu sentiasa peka terhadap amalan luar dan melaksanakan penandaarasan yang strategik bagi menghadapi rakan industri mahupun pesaing.

Dengan pemahaman mendalam terhadap cabaran-cabaran ini, kami komited untuk membantu anda membuat keputusan strategik terbaik bagi projek, program atau kajian yang sedang anda jalankan.

Peranan khidmat perundingan kami merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, bimbingan berikut:

Merangka hala tuju, dasar, atau strategi yang mantap sama ada untuk jangka pendek atau panjang — bagi memenuhi matlamat semasa anda melalui ramalan terhadap trend industri yang relevan.

Melaksanakan analisis landskap strategik dengan mengambil kira kekuatan, kelemahan, potensi halangan serta sumber yang belum dimanfaatkan, bagi membantu anda membuat keputusan strategik yang lebih bermakna.

Meningkatkan kesedaran terhadap implikasi pelan atau keputusan dari sudut strategi, operasi, perundangan dan ekonomi — sambil memastikan idea anda bebas daripada kelemahan utama.

Menyediakan perkhidmatan analisis perundangan, termasuk tinjauan terhadap undang-undang dan dasar terkini yang berkaitan dengan badan berkanun dan pembangunan sektor, serta memastikan strategi anda sejajar dengan rangka kerja kawal selia yang berkenaan.

Menjalankan kajian ke atas amalan terbaik semasa, penandaarasan industri, dan analisis pulangan pelaburan (ROI) bagi menyokong pelaksanaan inisiatif baharu.

Strategi

  • Pembangunan Strategi
  • Pembangunan Perniagaan
  • Sprint Penjenamaan (Brand Sprint)
  • Analisis Pulangan Pelaburan (ROI)
  • Pengurusan Perubahan
  • Proses/Perkhidmatan Dalam/Luar
  • Pembangunan dan Latihan Tatacara Operasi Standard (SOP)
  • Analisis Prestasi Rantaian Nilai

Modal Insan

  • Penilaian Keperluan Latihan
  • Perancangan Penggantian
  • Perancangan Trend Sumber Manusia
  • Pementoran
  • Perkhidmatan Membina Modul Yang Tersuai
  • Menghasilkan Komponen Pembelajaran Dalam Talian Untuk Menyokong Latihan Secara Bersemuka
  • Pakej Kampus Dalam Talian

Perundangan

  • Analisis Landskap Undang-Undang
  • Penyemakan / Ulasan Akta-Akta dan Perundangan Subsidiari
  • Analisis Pengawal Seliaan Industri
  • Pelesenan dan Pembangunan Rangka Kerja Pengawal Seliaan
  • Perkhidmatan Penasihat Berkenaan Pengawal Seliaan dan Perundangan
  • Peralihan Perniagaan Dari Luar Talian Ke Dalam Talian
  • Proses-Proses Automatik Bagi Perkhidmatan Manual
  • Strategi Penjenamaan Dalam Talian

Pengurusan Program VS Perundingan

Perundingan

Panduan pakar untuk menangani cabaran organisasi yang kompleks.

Kami membantu anda merangka perancangan masa depan (foresight) dan hala tuju strategik bagi mencapai matlamat organisasi.

Kami memastikan idea anda bebas daripada kelemahan dengan membimbing anda menilai kesan keputusan dari sudut strategi, operasi, perundangan dan ekonomi.

Kami turut membantu menjalankan kajian yang relevan agar perancangan dan keputusan anda disokong oleh data, ramalan, trend semasa dan amalan terbaik yang terbukti berkesan.

Pengurusan Program

Pengawasan yang diselaraskan untuk memastikan kejayaan projek anda.

Serahkan projek anda kepada kami, dan kami akan melaksanakannya bagi pihak anda. Anda boleh kekal tenang, kerana projek anda berada dalam tangan yang dipercayai.

Kami mengurus penjejakan dan keseluruhan proses pelaksanaan projek secara menyeluruh dan sistematik.

Apabila diperlukan, kami menjalankan ujian, pemantauan dan pelaporan untuk memastikan anda memperoleh hasil seperti yang diharapkan.

Berminat untuk menggunakan khidmat pengurusan program kami?

Pemimpin

yang berminat untuk memperbaiki perkara-perkara yang wajar bagi pihak kumpulan / perniagaan / organisasi mereka

Individu

yang bersedia menerima dan mengharungi perubahan yang dibawa oleh arus dunia VUCA*

Semua

yang bersemangat waja, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, bijak memotivasikan diri, dan sentiasa bersedia

Sedia Untuk Memulakan Transformasi?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk pengalaman yang terbaik ketika berkerja dengan kami!

LANGKAH 1: Kenal pasti perkara yang anda ingin perbaiki

Adakah perkara itu berkaitan:

– Ramalan atau perancangan, atau mungkin pembangunan hala tuju untuk jangka masa panjang?
– Proses yang anda ingin permudahkan?
– Kajian yang anda ingin jalankan?
– Akta perundangan yang perlu disemak, atau keadaan perundangan yang tidak menentu yang perlu diharungi?

LANGKAH 2: Kenal pasti cabaran anda

Adakah cabaran itu berkaitan dengan:

– Proses-proses sedia ada anda?
– Hala tuju organisasi anda?
– Alir tunai (cashflow) anda?
– Tawaran anda?
– Kumpulan-kumpulan dalam organisasi anda?

Pilih bahagian yang anda ingin perbaiki dan sematkan bahagian itu dalam minda.

LANGKAH 3: Kenal pasti matlamat anda

Beberapa cara yang dapat membantu:

– Adakah anda memiliki sebuah organisasi lain yang boleh dijadikan sebagai tanda aras?
– Bolehkah anda menggambarkan kejayaan pada pandangan anda?
– Apakah hasil, sama ada dari segi ekonomi, sosial, masa, atau sebagainya, yang anda bayangkan untuk anda dan organisasi anda?

Pilih bahagian yang anda ingin perbaiki dan sematkan bahagian itu dalam minda.

LANGKAH 4: Isi borang tempahan perundingan di bawah

Nantikan e-mel daripada kami untuk menempah sesi perundingan anda yang pertama secara PERCUMA!

Pentauliahan dan Pensijilan Kami

Project Management Professional (PMP)*
Project Management Institute

Credential ID: 2694925

GRI Sustainability Reporting Standards
Global Reporting Initiative

Human Resource Development Corporation
Registered HRD Training Provider

Certified HRD Train-The-Trainer (TTT)

*Lead trainer received the certification in 2018/19

Registered with Ministry of Finance

Kod Bidang: 221110

Perkhidmatan / Guna Tenaga / Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator / Negotiator