Laman Utama

EN | MY

MENGUBAH YANG MUSTAHIL
MENJADI NYATA

MEMPERSIAPKAN KLIEN DENGAN KELENGKAPAN UNTUK TERUS MAJU DALAM DUNIA VUCA*.

*VUCA bermaksud Ketidaktentuan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity), dan Ketaksaan (Ambiguity) yang mencerminkan cabaran-cabaran para pemimpin hari ini.

Apa yang membuatkan anda terjaga pada waktu malam?

“Saya memerlukan organisasi saya berada di landasan yang betul untuk berbakti”

Khas untuk pemimpin yang mahu menjelaskan hala tuju, menjalankan analisis landskap, dan mengatasi peraturan, undang-undang dan proses-proses yang lapuk. Juga untuk mereka yang sekadar ingin mendapatkan nasihat tentang implikasi pelan-pelan sedia ada dari segi strategi, operasi, undang-undang, dan ekonomi.

“Kemahiran pekerja saya tidak mampu memberikan hasil yang diharapkan”

Untuk pemimpin yang ingin membangunkan pekerja mereka dari segi kepimpinan, semangat bina pasukan, pemikiran yang strategik, komunikasi yang berkesan, atau kemahiran teknikal pekerja mereka supaya teguh dalam dunia VUCA*.

“Saya mahu program ini dijalankan dengan cepat, betul, dan penuh impak”

Bagi program/projek yang lebih sesuai diserahkan kepada pihak ketiga yang dipercayai, sama ada untuk mengendalikan proses automatik, menguruskan acara, melancarkan kempen, atau merintis usaha baru.

Masih ragu-ragu tentang manfaat perkhidmatan kami?

Kami menyediakan perkhidmatan komprehensif untuk memenuhi segala keperluan anda dalam menghadapi dunia VUCA*

Perkhidmatan Perundingan

Kami berkhidmat bukan hanya sebagai pakar runding, malah sebagai penasihat supaya anda dapat membuat keputusan strategik yang terbaik untuk organisasi anda dan/atau projek/kajian yang anda rancang.

Perkhidmatan Latihan

Program-program latihan kami direka agar menghasilkan impak jangka masa panjang dengan kandungan amali yang disesuaikan dengan keperluan organisasi anda – tentunya, perkara terakhir yang anda mahukan ialah “satu lagi latihan yang biasa-biasa”.

Pengurusan Program

Dapatkan perkhidmatan luar untuk melaksanakan projek, acara, dan inisiatif anda! Nikmati ketenangan jiwa kerana anda dibimbing oleh perunding Pengurusan Projek Profesional (PMP) yang mengetahui selok-belok yang perlu dilalui untuk mencapai matlamat anda.

*VUCA bermaksud Ketidaktentuan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity), dan Ketaksaan (Ambiguity) yang mencerminkan cabaran-cabaran para pemimpin hari ini.

Lihat berita dan penulisan sudut pandangan terbaru kami!

Pentauliahan dan Pensijilan Kami

Project Management Professional (PMP)*

Project Management Institute
Credential ID: 2694925

GRI Sustainability Reporting Standards*

Global Reporting Initiative

Registered HRD Training Provider

Certified HRD Train-The-Trainer (TTT)*

Human Resource Development Corporation

Registered with Ministry of Finance

Kod Bidang: 221110

Perkhidmatan / Guna Tenaga / Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator / Negotiator

*Jurulatih utama mendapat pentauliahan pada 2018/19

Untuk subjek yang agak rumit, pelatih IM Possible Solutions tahu bagaimana untuk menyampaikan konten secara tersusun dan mudah difahami. Banyak petua dan pengetahuan yang dikongsi bersama yang dapat kami gunakan untuk aktiviti seharian.

Wakil dari Agensi Kerajaan Keluarga dan Kebajikan Sosial

Program terbaik! Pelatih sangat fasih dalam menyampaikan isi kandungan latihan. Sangat berbeza dengan latihan lain yang pernah saya hadiri sebelum ini!

Cikgu dari Sekolah Luar Bandar di Sarawak

Banyak tips yang sangat berguna. Dari tak tahu jadi tahu, dan yang penting, pelatih pandai menyampaikan maklumat dengan cara yang mudah difahami tentang cara menggunakan Excel dan melakukan analisis data dengan baik.

Peserta Program 'Data Analytics'

Kandungan latihan ini sememangnya dapat meningkatkan kemampuan pasukan  kami dalam perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program. Saya bagi lima bintang!

Wakil dari Agensi Kerajaan Kebajikan Sosial

Penyampaiannya yang penuh minat menjadikan sesi itu menarik dan senang difahami.

Peserta Program Latihan

Sangat digalakkan untuk berkolaborasi dengan IM Possible Solutions untuk jangka masa panjang. Amir bersemangat dan benar-benar memastikan terdapat kesinambungan jangka masa panjang setelah program latihan berakhir.

Wakil dari Agensi Kerajaan untuk Isu Keluarga

Kemahiran fasilitasi perbincangan meja bulat yang sangat berguna. Kami dapat mengemukakan masalah dan mencadangkan penyelesaian yang penting untuk menyelesaikan masalah antara agensi.

Wakil Organisasi dari Malaysia Timur

Mereka Yang Pernah Menggunakan Khidmat Kami

Catatan: Senarai termasuk bekas klien Seri Dinar Group.