Tentang Kami

EN | MY

TENTANG KAMI

Visi Kami

Mempersiapkan klien-klien kami dengan kemahiran supaya bertahan dan terus maju dalam dunia VUCA*.

*VUCA bermaksud Ketidaktentuan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity), dan Ketaksaan (Ambiguity) yang mencerminkan cabaran-cabaran para pemimpin hari ini.

Misi Kami

Membantu klien mencungkil potensi organisasi mereka menerusi tiga rukun: kemampanan, kebolehlaksanaan (secara praktikal and operasional), dan peralihan digital.

Asal-Usul Kami

Pada tahun 1991, dua insan yang amat meminati pendidikan dan pembangunan modal insan telah mengasaskan Seri Dinar Group — sebuah kumpulan perundingan utama di Malaysia yang menumpukan kepada penyelesaian holistik bagi latihan modal insan dan perkhidmatan pengurusan. Berpengalaman luas dan pernah bekerja dengan pelbagai organisasi dalam dan luar negara, awam mahupun swasta, Seri Dinar Group mempunyai kepakaran dalam mereka modul latihan yang khusus untuk memenuhi keperluan klien mereka. Seri Dinar Group pernah mengendali Seri Dinar Training Retreat, sebuah pusat latihan moden di Pahang.

Pada tahun 2020, Seri Dinar Group telah dijenamakan semula sebagai IM Possible Solutions, dengan niat untuk menolong organisasi memecahkan tembok halimunan landskap perniagaan yang tidak tentu, tidak pasti, rumit, dan taksa untuk mencapai matlamat mereka.

Dengan berasaskan kepakaran perundingan dan pengalaman kami dalam mereka latihan pembelajaran berasaskan pengalaman, kami sangat berminat untuk membantu organisasi beralih dan beradaptasi dengan cabaran-cabaran dunia hari ini.

Picture17

Pemimpin Kami

DATUK HJ. ABDUL RAHIM MUSA

Pengerusi

Berpengalaman lebih dari 40 tahun dalam bidang perundingan sebagai ahli profesional terlatih dalam Pengurusan Strategi dan Ehwal Awam, Datuk Hj. Abdul Rahim terkenal dengan pengalaman dan kepakaran beliau dalam Strategi, Pengurusan, Kepimpinan, Ehwal Awam, dan Audit. Sepanjang kerjaya beliau, beliau pernah memegang jawatan kepimpinan dalam beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa. Beliau juga mempunyai portfolio dalam syarikat tersenarai di luar negara dan tempatan, termasuklah syarikat perundingan Big 4 sebelum membuka syarikat perundingan pengurusan beliau sendiri.

Datuk Hj. Abdul Rahim melalui pengalaman beliau telah berjaya membangunkan pelbagai program untuk para Ketua Pegawai Eksekutif (CEOs) yang tertumpu kepada pemikiran strategik dan kreatif, pengurusan perubahan, penjenamaan, imej korporat, pemasaran dan penjualan, dan pengurusan staf.

Beliau juga membantu syarikat-syarikat dengan mengetengahkan penilaian modal insan dan proses petunjuk prestasi utama (KPI) untuk menjayakan perubahan organisasi dan perancangan penggantian.

Seorang penceramah yang dinamik dan bersemangat, beliau menyampaikan modul latihan dengan gaya yang unik dan mendapat tempat di hati pendengar, tanpa mengira kedudukan, bangsa, atau agama mereka. Beliau pernah bekerja dengan rakan kongsi dan klien di Malaysia, Australia, China, dan India.

DATIN HJH NORILLAH IBRAHIM KHAN

Timbalan Pengerusi dan Ketua Ahli Psikologi Dalam Syarikat

Selaku Pengarah Eksekutif dan Ketua Ahli Psikologi Dalam Syarikat IM Possible Solutions, Datin Hjh. Norillah berbekalkan pengalaman 40 tahun dalam portfolio berkaitan Sumber Manusia, Latihan, dan Pengurusan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan.

Sebelum terlibat dengan IM Possible Solutions, beliau berkhidmat di syarikat elektronik multinasional Amerika selama 10 tahun sebagai Pengurus Pembangunan dan Latihan serta Pengurus Pampasan dan Faedah. Kemudian, beliau berbakti sebagai Pengarah Eksekutif sebuah usaha sama dengan syarikat insurans dari Australia yang menumpu kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Sambil itu, beliau memberi khidmat perundingan Sumber Manusia kepada sebuah syarikat telekomunikasi tempatan.

Setelah itu, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dari tahun 1995 hingga 1999. Selaku Setiausaha Politik, beliau membangunkan modul-modul dan melatih 20,000 kader wanita di Malaysia.

Kepakaran beliau termasuklah menjalankan analisis keperluan latihan dan pulangan pelaburan (ROI) terhadap program latihan untuk membina modul dan penilaian tersuai untuk klien kami. Datin Hjh. Norillah memegang ijazah Sarjana Sains dalam Psikologi Perindustrian daripada Hull University, United Kingdom. Beliau seorang pakar pemprofilan psikologi individu dan kumpulan untuk program kami.

AMIR ISYAM ABDUL RAHIM

Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Latihan

Amir Isyam merupakan Ketua Pegawai Latihan di IM Possible Solutions. Beliau memiliki pengalaman bekerja hampir 15 tahun dalam bidang Perundingan Pengurusan, Pembangunan Antarabangsa, dan Perkhidmatan Perundangan Korporat.

Kepakaran Amir merangkumi Pengurusan Prestasi, Pembinaan Keupayaan, Transformasi Perniagaan, Pembangunan Strategi, dan Pengurusan Pihak Berkepentingan. Beliau pernah berkhidmat untuk klien-klien di sektor awam dan swasta tempatan. Beliau juga pernah ditugaskan mengurus operasi di luar negara dan pernah berkerja dengan pelbagai organisasi di Malaysia, India, Tanzania, Rusia, Nigeria, Sri Lanka, Pakistan, Djibouti, dan Zambia.

Sepanjang kerjaya beliau, Amir mengumpul pengalaman membantu pelbagai syarikat bagi membangunkan pelan-pelan strategik, kemasukan pasaran, pengurusan bakat, dan pembangunan usaha sama (“joint venture”). Beliau telah menolong negara-negara untuk membangunkan rancangan perkembangan sektor makro dan turut terlibat dalam pelaksanaan perancangan tesebut.

Amir mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dan pembangunan modal insan berdasarkan pengalaman beliau dalam mengendalikan pelbagai projek berkaitan perkara tersebut. Ini termasuklah projek seperti:

1. Pembangunan dan penstrukturan kumpulan barisan hadapan untuk memastikan keterlibatan penjual dalam organisasi e-dagang terbesar di Asia Tenggara.
2. Pengaturan semula kedudukan kakitangan kesihatan di Tanzania.
3. Pertimbangan pengurusan perubahan dalam penstrukturan institusi kementerian dan agensi di Pakistan.
4. Pembangunan dasar awam untuk modal insan di Malaysia.

Pentauliahan dan Pensijilan Kami

Project Management Professional (PMP)*

Project Management Institute
Credential ID: 2694925

GRI Sustainability Reporting Standards*

Global Reporting Initiative

Registered HRD Training Provider

Certified HRD Train-The-Trainer (TTT)*

Human Resource Development Corporation

Registered with Ministry of Finance

Kod Bidang: 221110

Perkhidmatan / Guna Tenaga / Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator / Negotiator

*Jurulatih utama mendapat pentauliahan pada 2018/19

Mereka Yang Pernah Menggunakan Khidmat Kami

Catatan: Senarai termasuk bekas klien Seri Dinar Group.

Masih ragu-ragu tentang manfaat perkhidmatan kami?

Hubungi kami dan dapatkan sesi perundingan selama 30 minit secara PERCUMA sekarang!